Membuat tuntutan

Kami sentiasa ada untuk meringankan beban anda. Biar kami bantu untuk memastikan anda melalui proses tuntutan yang cepat dan bebas tekanan. Ikuti 3 langkah mudah berikut:

Ketahui lebih lanjut

Langkah 1

Muat turun dan lengkapkan borang berikut

Langkah 2

Klik pada produk di mana tuntutan ingin dibuat untuk melihat senarai dokumen-dokumen yang perlu anda perolehi dan hantar

ezCergasLife

Trafik

  • Laporan Perubatan
  • Laporan Polis
  • Laporan Bedah Siasat
  • Salinan Sijil Takaful
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Lesen Memandu (hanya untuk kemalangan
    kenderaan motor sahaja)
  • Bil asal hospital (hanya untuk Pembedahan Utama & Tunai Kecemasan Pesakit Luar)

Bukan Trafik

  • Laporan Perubatan
  • Laporan Bedah Siasat
  • Salinan Sijil Takaful
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Lesen Memandu (hanya untuk kemalangan
    kenderaan motor sahaja)
  • Bil asal hospital (hanya untuk Pembedahan Utama & Tunai Kecemasan Pesakit Luar)

Nota:
Untuk layak membuat tuntutan, pelanggan mestilah dimasukkan ke wad hospital sekurang-kurangnya 24 jam dalam tempoh 48 jam kejadian kemalangan.
Untuk tuntutan kemalangan trafik, pelanggan harus mematuhi undang-undang trafik Malaysia sewaktu kejadian kemalangan.
Untuk elaun tambahan akibat kemalangan motosikal, pelanggan hendaklah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas kemalangan.

Langkah 3

Hantarkan dokumen-dokumen tuntutan anda (dari Langkah 1 & 2) melalui pos atau serahan tangan kepada kami

 

Hong Leong MSIG Takaful Berhad (738090-M)
Level 5, Tower B,
PJ City Development, NO 15A,
Jalan 219, Seksyen 51A,
Petaling Jaya, Malaysia 46100
Call Centre: 603-76501800